Wednesday, February 25, 2009

Tolong Ingatkan Aku

"Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah
jer)

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Cara Rasulullah S.A.W.











(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu:
Perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu:
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu:
Berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR


Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu:
Menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.


Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu:
Berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.


PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu:
Sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu:
Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu:
Tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu:
Kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu:
Sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Sekian, Wassallam.


Tuesday, February 24, 2009

Petua Imam Syafie