Tuesday, February 8, 2011

Secangkir Sirih



Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Secangkir Sirih merupakan blog yang kedua dalam kerjaya diriku. Sebenarnya blog ini bertujuan untuk melepaskan segala bentuk kreativiti yang aku miliki dalam dunia penulisan ini. Sebarang komen dan bimbingan daripada pengkritik mahupun pengajar adalah diperlukan.

 Setelah ilmu di dada sudah mencukupi, maka akan terciptalah pula blog versi bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris  (English). Semoga hasil daripada blog ini, terdapat sedikit sebanyak peningkatan dalam pengembaraan daku sehingga menjadi seorang penulis proffesional suatu hari nanti. Sokongan daripada semua pembaca2 amatlah dihargai. 

Menuju Puncak

Bukan mudah
Meniti langkah ke angkasa
Bukan Mudah
Mengejar mimpi jadi realiti
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi 

Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkilauan 
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan

Secangkir Sirih : http://nurvendy.blogspot.com/

Wassalam

Monday, February 7, 2011

Setenang2 air sungai jangan disangka tiada...

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Malam yang suci ini aku ingin terasa tenang sekali. Ketenangan yang ku katakan ini bukanlah ketenangan yang kamu kamu semua fikirkan. Ketenangan yang terserlah di lubuk hati ku ini menyinar nyinar bagaikan bintang2 yang berkelipan memagari bulan yang mengambang.

 Mungkin kerana diriku seorang yang lemah ini kadang2 terleka di buai buai dan di dodoi dodoi keindahan dunia penuh nikmat ini. Mungkin pada fikiran yang terbatas ini dengan keindahan dunia ini mampu menyenangkan setiap masalahku yang kecil ini..

 Namun sesungguhnya ketenangan yang dicari cari dan di impi impi hanyalah dengan mengingati Allah S.W.T
Tidaklah Dia menciptakan setiap apa yang  ada di dunia ini hanya untuk mainan ataupun di disia siakan, akan tetapi setiap kesenangan setiap kesedihan setiap ciptaan setiap peraturan adalah untuk kita mengingati Diri Nya yang Maha Suci.

 Semoga nukilan hati ku yang ter ilham ini dapat mengingati diriku supaya sentiasa mengingati Diri Nya..

Wassalam

Thursday, February 3, 2011

Tanda-tanda tangan sendiri

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Tersebutlah kisah dan terlakarlah sejarah aku menciptakan tandatangan ku sendiri untuk blog ku yang jarang jarang sekali ku kunjungi ini.. Sebagai cenderahati pengubat rindu kepada hati hati yang suci.

 Semoga coretan ringkas mampu menghiasi ruangan yang tersergam indah ini. Selamat Tahun Baru sekali lagi kepada satu Malaysia. Semoga masyarakat yang harmoni ini akan sentiasa menikmati dan mensyukuri anugerah dari Illahi.

Wassalam

Wednesday, February 2, 2011

lONG TIME nO SEE

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Hari yang tenang ini aku terasa ingin mengupdatekan blog ku yang telah lama tersadai di biarkan kesepian. Setiap yang perjumpaan pasti diikuti oleh pertemuan.

Kepada yang merindui usah bersusah hati, kepada yang menyesali bangunkan semangat diri, kepada yang disayangi terimalah warkah ku ini..

Dalam setiap perkataan tersembunyi suatu pengertian. Seindah perkataan laungan Azan memanggil kejayaan.

Mengimbau kenangan daku pada hari isnin, bertemankan kudrat ku bersama abang adik dan datukku, kami bersama membaiki jalan yang kian lama kian hancur dimamah kereta. Setelah puas jalan tersebut dihiasi dgn semen pasir dan batu, maka terhasillah ciptaan seni yang mengagumkan dari tapak tanganku ini..

Alangkah sedihya hati ketika melihat awan mula berkepul2 melitupi langit yang disinar mentari. Petanda kecil titisan air mula jatuh ke bumi. Keindahan yg kunikmati hancur diarus air yang mengalir. Terus hilang membawa setiap bahagian semen batu dan pasir. Hujan terus menyelubungi malam yang sepi sunyi.

Sehingga keesokan hari aku begegas bangun melihat jalan jalan di mana keringat ku mengalir dalam memori. Masih banyak lagi usaha yang perlu aku lakukan namun tulang dan sendi sendi sungguh menyakiti badan yang kerdil ini.

Biarlah dahulu buat sementara waktu sebelum tibanya saat saat kecerahan langit yang akan membantu. Tapak tangan ku yg lembut mula menggerutu membuktikan semangat kelakianku.

Kelak aku dan abangku akan menyambungkan usaha yang telah terganggu. Doakanlah semoga langit dan mentari sedia membantu.

Wassalam

Monday, November 9, 2009

LOve

Assalammualaikum n salam sejahtera

LOVE...

Ya Allah, aku mencintai Mu...
Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...
Ya Allah, berikanlah petunjukMu..
Ya Allah, terimalah taubat ku ini..

Aku hambaMu yang malu,,
meminta kasih ilahiMu..
Aku inginkan hidayahMu..
sebagai jalan kehidupanku..

Tuhan kumohon kudratMu..
Kuatkan iman didadaku..
Tuhan kumohon rahmatMu..
tingkatkan ilmuku terhadapMu..

Allah ya Allah..
Aku cinta padamu ya Allah..
Tetapkan hatiku ini..
menanggung ujianMu..

Wassalam