Wednesday, August 12, 2009

Sama ker xsama?????


Assalammualaikum n salam sejahtera..

Jika... lembu punya susu, sapi dengan bangganya mendapat nama...

Maka.. lembu punya tahi, sapi dengan tersimpul malunya mendapat nama??

Jika.. susu lembu sama dengan susu sapi..

Maka.. tahi lembu itu sama dengan tahi sapi???

Persoalannya di sini sama ker xsama???

Samalah juga.. Jika si A tu cacat kehilangan mata manakala si B tu cacat tanpa telinga.. samalah kan.. Maka kedua2 insan tersebut juga termasuk dalam golongan mereka yang cacat..

Seharusnya kita yang cantik sempurna seharusnya bersyukur dan berdoa agar kesempurnaan yang dimiliki itu kekal dan diberkati oleh Tuan semesta alam..

Namun demikian, tidaklah perlu untuk kita menyamakan keburukan seseorang tu dengan seseorang yang lain. Sedangkan kita tidak pun terlepas dengan keburukan yang ada dalam diri kita sendiri.. setiap orang diciptakan mempunyai kebaikan dan keburukan masing2..

Kalaulah si A tu berbuat salah xperlu la kita kait2 kan dirinya dengan sesiapa pun termasuklah asal usul, kawan2, mahupun latar belakang dirinya..

Apa yg penting kita dapat nasihatkan, maka nasihatkanlah dan doakan si dia secara individu... Seeloknya kalau nk tegur, jauhilah daripada meneguri dia dihadapan kawan2nya..

Mungkin dalam hati sanubari dirinya ingin berubah baik.. namun alangkah sedihnya kalau disebabkan kelemahan nasihat dengan kaedah yang kurang berhemah akan mengeraskan hatinya dan akibatnya dia merasakan dirinya yang lemah terus dilemahkan..

Di sini dapat disimpulkan bahawa kebaikan seseorang cukup senang untuk kita samakan dengan diri kita... betul x??

Namun.. mengapakah persamaan keburukan seseorang dengan diri sendiri kadang2 tidak terlihat pun oleh diri kita yang sihat ini...

So guyz.. renung2kan... nasihat menasihati sangatlah berguna bagi orang2 yang beriman..

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment